Notis Penafian: Penemuan daripada Projek Semai adalah terhad dan bertujuan untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil dalam subsektor pertanian yang berbeza. Maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja. Maklumat ini tidak boleh dipakai oleh mana-mana pihak individu untuk membuat keputusan pelaburan atau untuk sebarang tujuan lain.

PENGENALAN

Penternak kecil akuakultur yang dikaji selidik membiak dan menternak lebih kurang 51 jenis ikan dan produk laut lain di seluruh Malaysia.

Produk akuakultur yang diternak oleh penternak kecil termasuk ikan Siakap, ikan Keli, ikan Tilapia, ikan Patin, ikan Tenggiri, rumpai laut dan udang. Sektor akuakultur yang dikaji selidik mewakili kira-kira ~23% daripada jumlah penternak kecil akuakultur dalam subsektor ini, di mana kebanyakannya menternak ikan Tilapia (31%), ikan Patin (13%), dan ikan Keli (11%).

Demografi Utama

Image 1
Image 2
Image 3

Saya memang suka kerja ini sebab saya minat inovasi dan genetik. Sambil bekerja, saya dapat belajar lebih mendalam tentang kedua-duanya. Saya juga suka kerana bidang ini boleh pergi lebih jauh dan banyak potensi. Ia juga akan membantu untuk memastikan keterjaminan makanan dalam negara."

I’m really interested in innovation and genetics, so while I’m working I can learn more about these things. I see potential in aquaculture to expand even further. On top of that, I can contribute towards strengthening our country’s food security.

ZAHID, 33

Penternak ikan Keli, Penang

CABARAN & RINTANGAN

Penternak kecil akuakultur menghadapi pelbagai cabaran, antaranya peningkatan harga input, kesan perubahan cuaca dan serangan haiwan perosak

Kenaikan harga input, perubahan cuaca dan serangan haiwan perosak adalah antara cabaran utama yang dihadapi oleh pengusaha akuakultur.

89% responden melaporkan peningkatan yang tinggi dalam kos makanan haiwan, manakala 48% responden melaporkan peningkatan harga yang tinggi bagi baka haiwan.

Selain itu, 68% penternak kecil akuakultur juga melaporkan produktiviti yang rendah.

Hal ini mungkin disebabkan oleh kerumitan pengusahaan akuakultur yang memerlukan tahap kecekapan yang tinggi untuk mencapai produktiviti maksimum.

Cabaran utama bagi Sektor Akuakultur

Perubahan cuaca mempengaruhi suhu air dan menjadi ancaman buat penternak kecil akuakultur

Cuaca yang tidak menentu seperti perubahan suhu air, jumlah hujan tahunan, penstrataan air, serta pergeseran musim hujan dan kemarau telah mempengaruhi penternak kecil akuakultur dalam aspek fisiologi, ekologi dan operasi. Perubahan suhu dan hujan merupakan penyebab utama kegagalan produk akuakultur kolam [1].

Hal ini boleh menyebabkan kerugian yang besar dari segi kos operasi kerana kitaran hayat pembiakan ikan (daripada benih ikan hingga ikan matang) boleh terjejas disebabkan perubahan cuaca.

Peratusan penternak kecil akuakultur yang terjejas oleh perubahan dalam suhu, hujan dan bencana iklim

Sumber:

[1] Hamdan R et.al, ‘Climate change effects on Aquaculture Production Performance in Malaysia’, International Journal of Business and Society, Vol. 16 No. 3, 2015, 364 - 385, accessed on 26 June 2023.

Kebanyakan penternak kecil akuakultur melaporkan bahawa mereka tidak bersedia untuk menghadapi kesan perubahan cuaca

Perubahan iklim juga menyebabkan wabak penyakit pada produk akuakultur seperti ikan dan udang.

Penternak kecil dari Sabah & Sarawak paling terjejas oleh perubahan cuaca dan serangan haiwan perosak (penyakit dan jangkitan).

Perubahan cuaca seperti kenaikan suhu, hujan lebat, banjir dan arus air yang menyebabkan pengaliran sedimen dan sisa-sisa boleh membawa kepada jangkitan penyakit, kematian ikan dan kerosakan sangkar [1].

Sumber:

[1] Hamdan R et.al, ‘Climate change effects on Aquaculture Production Performance in Malaysia’, International Journal of Business and Society, Vol. 16 No. 3, 2015, 364 - 385, accessed on 26 June 2023.

Peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran dalam subsektor akuakultur melalui kursus latihan

Kursus latihan teratas yang ingin diikuti oleh penternak kecil adalah

pengurusan ladang, teknik pertanian baru, dan pemasaran dan pengedaran.

Dalam kaji selidik ini, kurang daripada 11% penternak kecil telah menghadiri kursus teknik penternakan baru dan produk penternakan baru. Terdapat permintaan yang tinggi untuk pelbagai produk akuakultur seperti baka ikan.

Penternak ikan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka perlu melalui proses-proses baru dan pelbagai percubaan dan kesilapan (trial and error).

Penternak kecil akuakultur melaporkan bahawa pada masa ini tiada panduan yang tersedia bagi proses tersebut. Oleh itu, proses ini memakan masa dan memerlukan usaha yang banyak untuk menjalankannya.

Peratusan pekebun kecil yang pernah dan ingin menjalani kursus latihan

Kurang program penyelidikan dalam akuakultur untuk mengatasi masalah produktiviti

Pembenihan ini adalah satu proses yang baru. Oleh itu, kita akan mencari kaedah-kaedah atau teknik melalui percubaan dan kesilapan (trial and error). Memang meletihkan dan membebankan, tetapi kita dapat belajar daripada kesilapan dan seterusnya menguasai teknik yang betul, untuk kita menjalankan proses pembenihan tersebut.”

Fish breeding for us is a new process. So we’ll develop the methods with trial and error, and from that we can find the right techniques to breed the fish. It is quite an arduous and tiring task.

ZAHID, 33

Penternak ikan Keli, Penang

Perspektif

Harapan saya adalah untuk membantu penternak-penternak baru dari segi menambah ilmu, menambah pendapatan isi rumah. Saya harap dapat membantu mereka dari segi ekonomi dan penternakan.”

My hope is to help new farmers to gain knowledge and income for their families. I wish to aid them in terms of economy and the farming know-hows

ZAHID, 33

Penternak ikan Keli, Penang

Saya memang berhajat untuk memperkembangkan ternakan ikan ini supaya akan membekalkan (ikan) kepada orang ramai. Saya mahu buat lebih banyak ikan supaya membekalkan kepada hotel-hotel pelancongan di tempat-tempat yang berkenaan.”

I really wish to expand my fish farm so that I can provide for other people. I want to produce more fish so that I will be able to supply fish for hotels in the tourism industry.

ANDREAS, 76

Penternak ikan air tawar, Penang

© 2023 Khazanah Nasional Berhad 199301020767 (275505-K). All rights reserved.