Notis Penafian: Penemuan daripada Projek Semai adalah terhad dan bertujuan untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil dalam subsektor pertanian yang berbeza. Maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja. Maklumat ini tidak boleh dipakai oleh mana-mana pihak individu untuk membuat keputusan pelaburan atau untuk sebarang tujuan lain.

PENGENALAN

Sektor penternakan adalah penting untuk sumber makanan protein Malaysia, dan penternak kecil memainkan peranan yang besar dalam pengeluaran ternakan untuk negara

Pekebun kecil memainkan peranan yang besar dalam subsektor ini, sebanyak 72% mewakili jumlah penternakan dalam subsektor ini [1]. Pekebun kecil tempatan menternak ruminan seperti lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri, serta bukan ruminan seperti ayam, itik, dan khinzir. Projek Semai meninjau 26 jenis ternakan, daripada ternakan tulen kepada susu dan madu.

6 produk teratas jenis ternakan yang dijual oleh penternak kecil dalam tinjauan

Lembu

Image 1

33%

Kambing

Image 2

29%

Ayam

Image 3

18%

Biri-biri

Image 1

4%

Itik

Image 1

4%

Lain-lain

Image 1

12%

Sumber:

[1] Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sektor penternakan adalah sektor yang didominasi oleh lelaki dan mempunyai nisbah petani belia yang lebih tinggi (bawah 39 tahun)

Penternak kecil umumnya lebih muda, mungkin kerana subsektor ini memerlukan tenaga yang lebih intensif. Kebanyakan mempunyai pembelajaran diperingkat sekolah menengah dan hanya ~28% penternak kecil mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Selain itu, kebanyakannya adalah penternak persendirian oleh kerana 94% penternak kecil merupakan penternak bukan kontrak dalam subsektor ini.

Demografi Utama

Image 1
Image 2
Image 3

Penternak kecil menjual hasil ternakan secara langsung kepada pengguna melalui kedai ataupun pasar basah.

Kaji selidik menunjukkan 57% daripada penternak kecil menjual hasil ternakan yang segar terus kepada pengguna. Hasil ternakan yang dijual biasanya tidak diproses - hanya ~2% diproses menjadi produk tambah nilai seperti produk sejuk beku. Ini sangat bergantung kepada jenis produk dan keperluan pelanggan.

Selain itu, penternak kecil yang menternak ayam lebih cenderung untuk menjual terus ke pasar basah untuk keperluan protein harian pengguna. Sebaliknya, penternak kecil yang menternak lembu lebih cenderung untuk menjual secara pukal bagi perayaan dan acara keagamaan.

Image 1

Kenapa memilih untuk menjadi “Penternak Kecil”?

Saya mempunyai minat terhadap haiwan, dari segi telatah dan proses pembangunan haiwan itu sendiri. Itu yang menggembirakan saya.

Kita ada potensi menjadi negara pengeksport baka di Asia.”

I like animals, their antics, and the process of developing them. That’s what makes me happy.

I see potential for us to be Asia’s main exporter for animal breed.

AZHAR, 50

Penternak kambing, Perak

CABARAN & RINTANGAN

Penternak kecil menghadapi pelbagai cabaran seperti ketidakstabilan harga input, perubahan cuaca, serangan haiwan, kekurangan sokongan pembiayaan dan kekurangan tenaga kerja

Peningkatan harga input adalah cabaran utama untuk penternak kecil, diikuti oleh serangan haiwan dan perubahan iklim.

Dalam sektor ternakan, kos makanan haiwan mewakili kira-kira 70% daripada jumlah keseluruhan kos pengeluaran pada peringkat penternakan. Oleh itu, sebarang peningkatan dalam kos makanan ternakan akan memberi kesan yang besar kepada keuntungan penternak kecil.

Lonjakan harga makanan ternakan dirasai secara global, terutamanya disebabkan oleh gangguan bekalan bahan mentah seperti jagung dan gandum berikutan konflik Rusia-Ukraine. Akibatnya, penternak kecil terutamanya penternak ayam di Malaysia amat terjejas kerana banyak bergantung kepada bekalan makanan haiwan import dan harga siling yang dikenakan ke atas harga runcit. Penetapan mekanisme harga sedemikian menghadkan keupayaan penternak kecil untuk menampung kos harga input yang tinggi.

Cabaran utama bagi Sektor Ternakan

Peningkatan kos yang tinggi bagi makanan ternakan yang diimport

Hasil daripada tinjauan, 87% penternak kecil menjawab kenaikan harga makanan ternakan yang tinggi

Sumber: CEIC, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Peratusan penternak kecil yang terjejas oleh ketidaktentuan cuaca akibat hujan, suhu dan bencana iklim

Berdasarkan bilangan pekebun kecil dalam setiap wilayah

Ketidaktentuan cuaca akibat hujan dan suhu menjejaskan pengeluaran ternakan

Kajian menunjukkan ~64% daripada penternak kecil yang mengalami pengeluaran yang lebih rendah disebabkan oleh perubahan hujan.

Ini mungkin disebabkan oleh hujan yang lebih kerap dan peningkatan kelembapan suhu menggalakkan penyebaran penyakit, justeru membawa kepada pengeluaran yang rendah [1]. Sebagai contoh, penternak kecil di Lundu, Sarawak, musim hujan yang berpanjangan dan tidak menentu telah mengakibatkan kematian ayam.

Selain itu, penternak kecil menyatakan strok haba juga memberi kesan kepada ternakan, di mana ternakan kehilangan selera makan, kurang makan, dan cepat letih.

Sebagai hasilnya, tumbesaran ayam menjadi lebih perlahan, dan kebanyakannya akan dianggap sebagai ayam kurang berat di akhir kitaran biasa. Ayam kurang berat berkemungkinan dijual dengan harga yang lebih rendah atau ditolak oleh pembeli.

Sumber:

[1] Dana Impak Food Roundtable with Industry Players, 10 May 2022

Serangan perosak dan risiko penyakit merupakan cabaran yang besar kepada penternak kecil

Ancaman penyakit dan jangkitan bukan perkara asing bagi penternak kecil kerana 35% daripada mereka mengalami isu ini sebagai salah satu cabaran utama mereka. Selain daripada selesema burung yang mengakibatkan kematian hasil dan telah merebak ke beberapa kawasan pada tahun 2004, 2006, 2007, dan 2017, ternakan juga mudah dijangkiti oleh bakteria seperti Escherichia (E.) coli dan Mycoplasma (M.) gallisepticum.

Selain itu, penternak kecil mengatakan bahawa ternakan mereka terdedah kepada serangan haiwan liar, seperti anjing liar, buaya, dan ular.

Sumber:

[1] Kamaruzaman INA et. al, ‘Complex chronic respiratory disease concurrent with coccidiosis in broiler chickens in Malaysia: A case report’. J Adv Vet Anim Res. 2021 Nov 1, accessed on 26 June 2023.

[2] World Organisation for Animal Health

Teknologi pertanian yang lebih baik di luar capaian penternak kecil ternakan

Kebanyakan penternak kecil memiliki teknologi asas seperti kenderaan dan telefon pintar, serta mempunyai akses kepada internet.

Hanya kurang daripada 20% daripada penternak kecil yang dikaji telah menggunakan teknologi lain seperti alat pemasaran, kaedah pemuliharaan, dan amalan pertanian yang lebih baik dalam operasi harian mereka.

Teknologi yang digunakan oleh pekebun kecil

Perspektif

Saya juga berharap industri kecil ini akan berkembang menjadi industri yang besar dan dapat mengurangkan import daging, melalui pengeluaran makanan kita sendiri. Untuk keterjaminan makanan kita dan peningkatan keluaran kita.”

I hope that this small industry will expand to a point that we can reduce our meat imports and produce our own food. For our food security, our food, our production.

AZHAR, 50

Penternak kambing, Perak

Saya amat menghargai dan berharap sangat anak muda ni untuk menceburi bidang ini. Jangan malu untuk dikenali sebagai penternak ayam.”

I really appreciate and hope that young people get involve in this industry. Don’t be embarrassed to be known as a chicken farmer.

SHAHRUL, 52

Penternak ayam, Selangor

© 2023 Khazanah Nasional Berhad 199301020767 (275505-K). All rights reserved.