Projek Semai merupakan sebuah kaji selidik terhadap pekebun-pekebun kecil yang meliputi sektor tanaman, ternakan, dan akuakultur di Malaysia. Kaji selidik ini merupakan sebahagian daripada usaha Khazanah di bawah tema Dana Impak iaitu Keterjaminan Makanan dan Tenaga dengan tujuan mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para pekebun-pekebun kecil di Malaysia.
Dana Impak
adalah salah satu tonggak utama di bawah strategi Khazanah iaitu Memajukan Malaysia, dengan bertujuan meningkatkan daya saing ekonomi dan membina daya tahan di Malaysia. Dana Impak berusaha untuk menyampaikan manfaat sosioekonomi kepada rakyat dalam enam (6) tema berdasarkan isu dan menangani cabaran yang dihadapi oleh negara, termasuk Masyarakat Digital dan Hab Teknologi, Kesihatan Berkualiti dan Pendidikan untuk semua, Pekerjaan Baik dan Mobiliti Sosial, Keterjaminan Makanan dan Tenaga, Membina Ketahanan Iklim dan Persaingan di Pasaran Global.
Melalui Projek Semai, Khazanah bertujuan untuk menanam benih perubahan dengan merapatkan jurang di antara pekebun kecil dan cabaran yang mereka hadapi. Kami berharap dengan perkongsian data dan laporan ini kepada umum, bersama-sama dengan pemain industri, ianya dapat merangsang/membuka potensi petani kecil di seluruh negara dan mencipta masa depan yang lebih cerah bagi kemajuan mereka.
Kaji selidik ini dilaksanakan oleh
Think City
dengan penyelaras wilayah kami,
Penang Institute
(Semenanjung Utara),
Universiti Sultan Zainal Abidin
(Semenanjung Timur),
Universiti Putra Malaysia
(Semenanjung Tengah dan Selatan),
Owl and Badger Research
(Sarawak),
Universiti Malaysia Sarawak
(Sarawak),
dan
Agridata Portal
(Sabah).
Kaji selidik ini juga disokong oleh
Khazanah Research Institute
.
Sebanyak 3,300 pekebun kecil telah menjalani kaji selidik ini yang merangkumi 2,100 pekebun kecil tanaman makanan, 816 pekebun kecil ternakan, dan 702 pekebun kecil akuakultur.
Dalam bahagian visualisasi data ini, kami berkongsi soalan kaji selidik Projek Semai dan penemuan penting dalam subsektor Tanaman, Ternakan dan Akuakultur. Bahagian ini membolehkan anda memahami latar belakang pekebun kecil, cabaran utama mereka, dan perspektif masa depan mereka dengan lebih terperinci.
Peta Laman
Laman Utama
Tanaman
Ternakan
Akuakultur
Kaedah Kaji Selidik
Terokai Data
Pasukan
Terma dan Syarat
Untuk Pertanyaan
danaimpak.food@khazanah.com.my
© 2023 Khazanah Nasional Berhad 199301020767 (275505-K). All rights reserved.