Notis Penafian: Penemuan daripada Projek Semai adalah terhad dan bertujuan untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil dalam subsektor pertanian yang berbeza. Maklumat yang diberikan dalam laman sesawang ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat sahaja. Maklumat ini tidak boleh dipakai oleh mana-mana pihak individu untuk membuat keputusan pelaburan atau untuk sebarang tujuan lain.

PENGENALAN

Pekebun kecil memainkan peranan penting dalam sektor Tanaman di Malaysia dalam mengembangkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan rempah ratus.

Dalam kaji selidik ini, terdapat pekebun kecil menanam 83 jenis sayur-sayuran, 44 jenis buah-buahan, 13 produk herba dan juga rempah ratus di seluruh negara. Selain itu, kaji selidik ini telah menunjukkan terdapat lebih kurang 119 jenis tanaman makanan yang ditanam oleh pekebun kecil yang bertempat di Sabah & Sarawak.

10 produk teratas yang dijual oleh pekebun kecil dalam kajian

Image 1
Image 2
Image 3

Pekebun kecil yang menjalankan aktiviti tanaman makanan kebanyakannya daripada kaum lelaki, bukan petani kontrak dan 68% daripada mereka berumur 40 tahun ke atas.

85% pekebun kecil dalam kaji selidik ini bergantung kepada pertanian tanaman sebagai sumber pendapatan utama. Selain itu, sekitar 41% daripada mereka yang terlibat dalam industri ini adalah kurang daripada 5 tahun. Ini kerana sebahagian daripada pekebun kecil ini memilih untuk menceburi bidang pertanian kerana kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Manakala sebahagian lagi merupakan pesara tentera. Generasi muda juga menyatakan bahawa mereka ingin mengikuti jejak ibu bapa sebagai motivasi untuk menyertai bidang pertanian. Bukan itu sahaja, program yang ditawarkan oleh kerajaan juga menggalakkan pekebun kecil menceburi bidang pertanian walaupun dari latar belakang pendidikan yang berbeza.

Demografi Utama

Image 1
Image 2
Image 3

CABARAN & RINTANGAN

Kenaikan harga racun perosak & baja, perubahan iklim dan serangan perosak memberi impak yang besar kepada pekebun kecil di seluruh negara.

Selain itu, hasil kaji selidik menunjukkan 69% pekebun kecil mencapai produktiviti yang rendah dalam aktiviti pertanian mereka.

Cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil seperti mendapatkan baja yang berkualiti, kesan daripada perubahan iklim dan serangan perosak boleh menyumbang kepada produktiviti yang rendah.

Kenaikan harga input pertanian merupakan cabaran utama dalam tanaman makanan, diikuti dengan serangan perosak dan perubahan iklim.

Kebanyakan pekebun kecil menyatakan bahawa harga baja dan racun tanaman telah meningkat pada kadar melebihi 100% sejak beberapa tahun lepas. Menurut Bank Dunia, kos baja telah meningkat sejak 2021 disebabkan oleh masalah pengeluaran di Eropah berikutan kenaikan kos gas asli, gangguan bekalan berikutan konflik Rusia-Ukraine dan sekatan eksport di China [1]. Bantuan pemberian racun perosak dan baja daripada agensi-agensi kerajaan telah meringankan beban pekebun kecil. Walau bagaimanapun, beberapa pekebun kecil menyatakan bantuan yang diberi tidak menentu dan terdapat juga jenis baja yang tidak sesuai untuk pertanian mereka.

Pekebun kecil juga menghasilkan penyelesaian mereka sendiri untuk membantu mengurangkan harga baja yang tinggi,

seperti menerusi pembelian pukal, menggunakan teknik kompos dan meneroka kaedah pertanian baru yang mengurangkan penggunaan racun perosak.

[1] World Bank, “Fertilizer prices ease but affordability and availability issues linger”, 5 January 2023

Cabaran utama bagi Sektor Tanaman

Kenaikan harga racun perosak dan baja yang terlalu tinggi

Peratusan pekebun kecil yang terjejas oleh perubahan cuaca yang melibatkan suhu, hujan dan bencana iklim

Berdasarkan bilangan pekebun kecil dalam setiap wilayah

Perubahan iklim menjejaskan pengeluaran tanaman pekebun kecil di semua negeri

Ketidaktentuan cuaca akibat perubahan iklim sama ada panas atau hujan, sekali gus menjejaskan hasil saiz tanaman, kitaran pengeluaran dan akhirnya memberi kesan kepada hasil pendapatan pekebun kecil.

Daripada tinjauan, 85% daripada pekebun kecil tanaman bersetuju bahawa perubahan cuaca hujan menjejaskan hasil tuaian mereka. 75% bersetuju bahawa perubahan suhu dan faktor berkaitan iklim menyebabkan hasil tuaian terjejas.

Kesan iklim boleh memberikan kesan yang mudarat kepada pekebun kecil seperti kerosakan tanaman makanan dan infrastruktur.

Contohnya di Keningau, Sabah, tanaman seperti sayur sawi dan bayam sering musnah akibat banjir. Manakala, pekebun kecil di Terengganu juga dilaporkan mengalami banjir dengan lebih kerap dan tidak menentu baru-baru ini.

Pekebun kecil kebanyakannya menggunakan modal sendiri untuk membiayai kebun mereka dan ini adalah berisiko tinggi

Operasi pertanian terutamanya dibiayai oleh modal pekebun kecil itu sendiri ataupun keuntungan,

dan hanya ~20% pekebun kecil menggunakan mekanisme pembiayaan melalui geran dan pinjaman untuk menyokong perniagaan mereka. Ini menyebabkan perniagaan pertanian mereka berisiko tinggi.

Pekebun kecil mendedahkan bahawa memohon pembiayaan melalui mekanisme seperti geran dan pinjaman adalah rumit.

Faktor seperti kekurangan pengalaman, maklumat kewangan dan lesen yang berkaitan menghalang mereka daripada mengakses geran dan sokongan kewangan yang tersedia untuk mereka. Contohnya, proses permohonan geran dan pinjaman mempunyai keperluan dan prosedur yang berbeza, dan mesti dikemukakan kepada agensi yang berbeza. Selain itu, mengambil pinjaman dilihat sebagai berisiko bagi mereka, kerana tanaman mudah terjejas oleh faktor-faktor luar daripada kawalan seperti perubahan iklim dan serangan perosak.

Selain itu, pekebun kecil generasi muda menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan modal permulaan yang diperlukan bagi menceburi bidang pertanian.

Mereka berharap bantuan kewangan dan pinjaman dijadikan lebih sesuai dengan keperluan mereka terutamanya pada peringkat awal operasi bagi kestabilan perniagaan pertanian.

Sumber pembiayaan

Berdasarkan bilangan maklum balas yang diterima

Image 1

Sebilangan besar responden bergantung kepada sokongan kerajaan dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi

Sokongan untuk pekebun kecil adalah dalam bentuk kewangan, barangan (baja, racun perosak, dll.), tanah dan modal.

Program sokongan berbeza-beza di seluruh negeri dan daerah kerana mereka mempunyai fokus strategik pertanian yang berbeza. Sebagai contoh, beberapa pekebun kecil mengatakan Pahang menumpukan pada pertanian tanaman (cth., sayur-sayuran, nanas), manakala Terengganu mempunyai fokus dalam bidang ternakan (cth., menjadi hab penternakan kambing).

Selain itu, kestabilan kewangan pekebun kecil adalah tidak menentu.

Sekitar 50% pekebun kecil menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk kegunaan kecemasan, tidak menyimpan rekod pendapatan atau mempunyai akses kepada maklumat pengurusan kewangan.

Jenis bantuan yang telah diterima oleh responden sejak 5 tahun lepas

Image 1

Kesedaran responden tentang kewangan

Image 1

Pekebun kecil berminat untuk meningkatkan kemahiran, tetapi terdapat kekurangan pendedahan dan keberkesanan dalam program kursus latihan

Kajian menunjukkan 41% daripada pekebun kecil tidak pernah menghadiri sebarang kursus latihan, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak berminat untuk meningkatkan kemahiran diri.

Pekebun kecil mengutarakan kesusahan untuk menyertai kursus latihan kerana terpaksa meninggalkan ladang dan melalui perjalanan jauh untuk menghadiri program ini. Sesetengah pekebun kecil kurang pendedahan kepada kursus latihan dan ada yang merasakan bahawa program latihan yang ditawarkan tidak relevan dengan keperluan mereka.

Selain itu, 64% pekebun kecil tidak mempunyai keahlian dalam koperasi atau persatuan pertanian.

Ini memberi peluang penting untuk mengukuhkan persatuan pertanian dan memperkasakan pekebun kecil melalui program latihan dengan peningkatan kemahiran yang membolehkan mereka menangani cabaran sedia ada dengan berkesan.

Image 1
Image 1

Kekurangan program Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang komprehensif yang boleh meningkatkan produktiviti

Pekebun kecil menyuarakan bahawa program R&D harus meliputi keseluruhan proses dan operasi pertanian untuk memastikan keberkesanan - daripada menguji keadaan awal tanah kepada mengesyorkan produk yang serasi untuk proses penanaman.

Program R&D bukan sahaja perlu fokus dalam peralatan dan teknologi terbaru, ia juga harus memberi tumpuan kepada meningkatkan produktiviti berdasarkan keadaan tempatan dan teknik pertanian tempatan.

Halangan tinggi untuk berinovasi dan menggunakan teknik dan teknologi baharu boleh menyebabkan kehilangan produktiviti. Pekebun kecil juga menyatakan bahawa kekurangan penilaian sebenar di ladang sering menyebabkan kekurangan keberkesanan dan redundansi program R&D dan kursus latihan untuk pekebun kecil.

Perspektif

Sebagai seorang wanita, saya ingin membuktikan bahawa saya boleh berjaya dalam bidang ini, membesarkan perniagaan saya dan menguruskan keluarga saya.”

As a woman, I want to show that I too can succeed in this industry, grow my business and also manage my family.

CLAUDIA, 30

Pekebun timun, limau, bendi dan labu, Sabah

Cabai ini susah ditanam, namun saya tetap mendapat kepuasan. Saya dapat menyumbang kepada ekonomi setempat melalui hasil jualan, seperti membuka peluang pekerjaan dengan menggajikan pekerja.”

It’s difficult to grow chillies, but I get the satisfaction in other ways. I get to contribute to the local economy, and use the earnings to pay workers. So, the economy is running.

HILMI, 33

Pekebun cili, Perlis

© 2023 Khazanah Nasional Berhad 199301020767 (275505-K). All rights reserved.